Tuesday, March 15

resipi kimchi Malaysia



dah lama saya nak buat entri resipi saya yang diberikan nama kimchi Malaysia.
sebab saya bagi nama kimchi Malaysia adalah disebabkan faktor rupa bentuknya seiras kimchi korea apabila bahan digaulkan bersama..bahan yang digunakan nak buat kimchi Malaysia totally berbeza dengan kimchi korea sebab kimchi korea guna kobis sebagai bahan utama tapi kimchi Malaysia guna kangkung..memang jauh berbeza mcm langit dan bumi..sebenarnya kimchi Malaysia berasal daripada gado-gado a.k.a pecal tapi saya saja renovate nama supaya lebih menarikla kononnya..hihihi
  
credit to:mr G
bahan-bahan di gunakan:
1)kangkung
2)tauhu(digoreng)
3)sengkuang
4)timun(dihiris memanjang)
5)carrot(dihiris memanjang)
6)taugeh(dicelur)
7)kancang panjang
*boleh tambah apa2 sayur kegemaran

bahan-bahan kuah:
1)cili kering
2)bawang besar
3)kacang tanah digoreng kemudian ditumbuk
4)ikan bilis/udang kering

cara-cara buat kuah: 
1) Goreng bawang, cili kering, ikan bilis sehingga kuning. angkat.
2) Blender (bahan yg digoreng tadi + air asam jawa + kacang)
3) Masukkan kedalam mangkuk hidangan
4) Masukkan gula dan garam dan air masak secukup rasa.
5) Kuah siap

senangkan caranya!try la buat..sedap giler..kalau buat bagi la rasa sikit..hihihi

No comments: