Thursday, April 7

Autisme

Autisme tu apa??

istilah autisme berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yang bererti aliran. Ini bermakna autisme membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.<sumber:ummuhaq.qulhaq
pesakit autisme nampak normal je tapi bila bab menguruskan diri dan berkomukasi diaorang ada masalah sikit..contoh paling dekat adalah adik saya.Adik saya dah umur 6 tahun tapi masih lagi tak boleh bercakap..tapi walaupun tak pandai bercakap sangat pandai membuli kakaknya..
adik saya nie jenis autisme yang active,ada yang sepupu saya tu jenis yang pasive..
huh penat betul kawal dia nie boleh kurus tau sapa yang jaga dia..hehehhe..
mak saya kata kalau hntr dia nie kat babysitter confirm babysitter tu tak larat nak jaga..
hanya orang yang faham dia je yang boleh jaga dia..
kat bawah nie la anak kesayangan mak n abah..


my beloved youngest sis..
comel tak=)
adik saya nie tak boleh dengar orang nangis nanti dia pun nangis lebih daripada orang yang menangis tu dulu..(faham ke).kalau tengok tv ada orang nangis dia pun ikut sama nangis..tapi sekarang dia kurang menangis sebab dah besar la katakan..maluu..
mak saya ajar dia pergi tabika semasa umur dia 5 tahun lagi..masa umur dia 5 tahun mak saya tak harap tinggal dia sorang-sorang dekat sekolah so mak saya pun tunggu dia dekat tabika sampai balik....tiap-tiap hari sampai habis tabika..sekarang umur dia dah 6 tahun so mak saya try la tinggal dia sorang-sorang kat sekolah.mula-mula mak saya memang la berat hati nak tinggal dia sorang-sorang tapi bila lagi nak ajar dia berdikari...alhamdullilah pandai pun dia bersekolah tapi sekolah cara dia la...
dekat tabika tu dia sorang je pompuan yang lain semua lelaki makin bertambah nakal la adik saya nie..
pernah sekali dia cubit sorang budak laki nie....nangis gila budak laki tu..
fuh gila betul!kalau kena cubitan dia rasa macam kena gigit 10 ekor serangga.makoii sakit siot..
saya yang duduk rumah selama 3 bulan nie bermacam-macam parut yang timbul..tension betul..
tapi lagi kesian dekat kakak saya yang lain,baru balik kampung..baru nak duduk dah kena cubitan berapinya..sakit weyy..
adik saya nie dia tak buat orang lain tapi yang selalu jadi mangsanya kakak dia la termasukla saya..
hanya orang faham adik saya nie yang tak ambik kisah pasal perangai dia yang nakal tu.bagi orang yang tak faham mesti kata"mak dia nie tak pandai jaga anak ke"..halo..halo...kalau jadik kat anak kau baru tau...
doktor selalu kata dekat mak saya..jangan malu ada anak yang autisme sebab dia la yang paling istimewa daripada kanak-kanak normal yang lain..(sedih pun ada).tapi betul kata doktor tu..sejak mak saya lahirkan adik saya tu rezeki bertambah murah...setiap kekurangan pasti ada kelebihan disebaliknya..

ok la tamat sudah entri saya..panjang jugak ye.kebas tangan menaip..
terima kasih kerana sudi baca entri saya..
kalau jumpa muka macam adik saya sila la tegur tau...hehhehe!

No comments: