Wednesday, April 11

what happened?


assalamualaikum w.b.t.
akhir zaman macam-macam bencana yang berlaku.adakah dunia akan berakhir sebelum kita sempat bertaubat?kuasa Allah tiada siapa yang tahu.rasa insaf bila fikir tentang hari pembalasan iaitu hari kiamat.astagfirullahalazim.rasa takut bila fikir tentang hari kiamat.
hari ini 11/4/2012 berlaku gempa bumi di Acheh yang juga turut dirasai oleh aku sendiri di Pusat pakaian hari-hari semasa tengah shopping baju adik kesayangan(ayat skema)..hehee..terkejut jugaklah sebab tengah seronok pilih baju adik tiba aku rasa macam pening-pening.aku ingat aku sorang je yang rasa pening-pening tapi semua orang rasa pening lepas tu aku tengok baju yang bergantung pun goyang-goyang jugak.cuak jugak rasanya tambahan pulak pekerja dekat situ tiba-tiba je lari keluar dari kedai tu.dulu masa Tsunami 2004 aku tak berapa nak rasa sangat gegaran maybe gegaran tu kejap je tapi kali nie memang dahsyat sebab rasa gegaran sampai 3 minit.Allahhuakbar! baru je rancang nak sanatai-santai tepi pantai esok.nasib baik rancang esok kalo hari nie tak tahu la aku cabut lari dari pantai tu macam mana..lintang pukang lah jawabnya..hehee..semoga bencana ini dijadikan pengajaran buat umat islam menyedari bahawa hari pembalasan semakin hampir..Ya Allah ampunkanlah segala dosaku serta umat islam yang lain..amin ya rabbalalamin.